Fatimah Azzahra dan Kubur

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

KUBUR BERKATA SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ-ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka
jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu
Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,

“Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada
kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak
Rasulullah S.A.W.”

Maka berkata kubur,
“Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang
bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak
amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan
dia dengan seburuk-buruknya) .”

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat
dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur’an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Bersucilah kamu
semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu
berpunca dari kencing.”

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan
dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama’ atau seorang anak yang
bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak
memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang
berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu
mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia
ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab
setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir
dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada
saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu
kepada soalan yang akan
dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka
mungkin akan menjawab, “Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk
menjawabnya. ”

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak
akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur’an itu akan
membelanya dan begitu juga seterusnya.

Wallahualam.

By :Milis Sarikata.com

Iklan

Tentang melianaaryuni

Muslimah sederhana yang mencoba menciptakan makna hidup dari lika-liku kehidupan melalui tulisan...
Pos ini dipublikasikan di Napak Tilas Shahabat-Shahabiyah. Tandai permalink.

Terima kasih atas masukannya, semoga tulisan disini bermanfaat ya :)

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s